Semasa zaman pemerintahan Mao Zedong di Republik Komunis China, antara benda pertama yg diimplementasikan dalam rencana & #39;The Great Leap Forward& #39; ialah satu kempen yang diberi nama & #39;Four Pests Campaign& #39;. https://twitter.com/penangselamany2/status/1318476549742473216">https://twitter.com/penangsel...
Kempen ni diadakan khas untuk menghapuskan 4 jenis binatang yang dianggap sangat merosakkan iaitu burung pipit, tikus, lalat dan nyamuk. Burung pipit dianggap musuh terbesar kepada penanam padi. Lantas arahan utk & #39;kill at sight& #39; semua burung pipit telah dikeluarkan.
Atas arahan demikian, para petani mula menghapuskan semua burung pipit dengan harapan pengeluaran padi akan berlipat kali ganda kerana tiada lagi kerugian yang akan dialami disebabkan burung pipit ini.
Antara kaedah yang digunakan untuk menghapuskan burung ini ialah, merosakkan sarang, menembak, meracun dan juga satu kaedah yg mungkin kedengaran seperti bodoh namun berhasil, mengetuk kuali setiap kali ternampak burung ini supaya burung ini tidak dapat hinggap dan berehat.
Kaedah ke 4 itu memang sejujurnya bodoh namun hasilnya, burung pipit keletihan lalu akhirnya gugur seekor demi seekor ke tanah macam jet pejuang kamikaze zaman perang dunia kedua.
Selepas beberapa bulan, kempen itu ternampak membuahkan hasil. Burung pipit terus menjadi spesis terancam di China. Little did that stupid Mao Zedong knows he& #39;s about to unleash one of the most devastating ecological disaster yang akan meragut 15 - 45 juta nyawa rakyatnya.
Disebabkan ketiadaan burung pipit ini, serangga2 kini tiada pemangsa semulajadi, tumbuhan pesaing padi seperti lalang dan bijirin liar juga tidak lagi terkawal. By the time they realised this, it was a little too late.
Apa yang dianggap dapat menginjak jumlah pengeluaran padi kini menjadi igauan ngeri. Sebaliknya serangga seperti belalang kini membentuk kawanan yang sangat besar, sekaligus memakan sejumlah besar tanaman padi. Pengeluaran padi sebaliknya merosot ke tahap & #39;all time low& #39;.
Seperti sedia maklum, negara China yang mempunyai populasi yg sangat ramai kini berhadapan dengan krisis kekurangan makanan, sekaligus mengakibatkan kebuluran berskala mega. There& #39;s simply not enough rice to feed every stomach in the country.
Kebuluran itu saja telah mengakibatkan kematian sebanyak 15 hingga 45 juta rakyat China. Semua berpunca atas satu kesilapan bodoh saja yang mungkin nampak kecil dan tak signifikan. Sebabtu manusia perlu peka dan tidak sesekali cuba untuk mengubah kestabilan ekologi.
Akhir kata, cernalah quote ahli falsafah George Santayana yang ada dalam buku teks sejarah sekolah menengah iaitu & #39;those who do not remember the past, are condemned to repeat it& #39;

Sekian.
You can follow @remramona.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: