Sebab ramai yg request. Aku pun kelas lambat lagi. Jomlah aku buat thread kenapa aku convert Islam.

35 rt aku start.
Kelas aku pukul 3-5.
Cerita ni bermula dgn El, kawan baik aku sejak 2011. Dia muda 3 tahun dari aku. Aku suka dia dari awal, dia tahu cuma dia buat x reti (brozoned https://abs.twimg.com/emoji/v2/... draggable="false" alt="🙄" title="Gesicht mit rollenden Augen" aria-label="Emoji: Gesicht mit rollenden Augen">). Awal tahun 2016, El tiba² start pakai tudung. Ramai puji dia cute la apa la. Aku terkejut, tapi aku x tanya banyak. Aku biarkan.
Tapi bila dia mula usaha quit smoking, dia masuk kelas mengaji kelas agama, dah tak join bila ajak lepak mamak, masa tu aku dah naik rimas. Budak pendek ni dah gila! Aku cuba tanya dia kenapa dia berubah, dia cuma cakap dia dah dewasa - dia tengah cuba nak jadi matang.
Makin lama kami makin jarang jumpa. Makin renggang. Macam kami dah tak ada persamaan. Aku janggal tengok dia pakai tudung, aku macam tak boleh terima dia makin Islam. Padahal aku dah tau dia memang Melayu. Aneh² je aku ni kan?
Selama ni semua benda buat berdua. Aku yg ajar dia bawa motor, biarkan dia explore rokok. Aku yg selalu bonceng dia bawa lepak mamak, mana² jer dia nak pergi aku bawa. Apa jer aku buat, aku include dia.

Masa tu, aku cuma ada dia. So bila dia exclude aku sbb agama kami tak sama..
aku rasa left out. Perasaan yg sama masa aku kena buang dgn atuk nenek aku dulu. Sbb aku tak sama dgn orang lain.

Aku rasa kotor. Sunyi pun ye jugak.
Habis STPM aku sambung belajar jauh. Tinggalkan El dgn agama dia. Aku belajar minum arak, bergaul luar batas. Bila menang lawan genophobia, aku jadi buaya pulak. Aku banyak buat benda salah. Lepas 3 tahun baru aku balik Malaysia. Itupun sebab ma aku dah stage akhir breast cancer.
2018. Kebetulan balik Malaysia aku tengah hypomania. Otak tak betul kesan terlebih teguk alkohol. Seminggu dah stabil sikit, baru aku cari El.
Mula² memang kalau boleh aku taknak dah carik budak pendek tu. Aku tau yg aku ni tak layak untuk dia, untuk sesiapa pun. Aku sendiri tak boleh handle diri aku.

Tapi aku kalah dengan rindu.
"Hidup lagi kau, Shin." her first sentence lepas 3 tahun.

I first met her when she was 12½ yrs old. Benda pertama yg aku ingat pasal muka dia was her childish smile. And even after 7 yrs, senyuman tu tak berubah pun https://abs.twimg.com/emoji/v2/... draggable="false" alt="🙂" title="Leicht lächelndes Gesicht" aria-label="Emoji: Leicht lächelndes Gesicht">
El tak ungkit pun kenapa aku tinggalkan dia. Aku kekok sbb aku tak tahu nak mula bicara dari mana. Tapi El tenang jer. Bercerita pasal dia masih simpan buku² kejiwaan aku belikan untuk dia. Cerita yg dia dah ada cita² - nak belajar psychology dan jadi penulis. Tentang novel yg
dia tulis masih belum ada bab penamat. Tentang impian dia nak sebarkan dakwah melalui penulisan. Dia buat 2 kerja part time supaya dia boleh bayar fee belajar sendiri.

(aku menangis sambil type part ni)
Aku tak ada waktu dia lalui semua tu. Otak aku just fikir yg aku ni looser teruk sia. Dia tak pernah tak ada waktu aku perlukan dia. Tapi aku pulak lari sbb aku takut tengok dia berubah jadi makin baik.

"Aku tau Tuhan akan bawa kau akan cari aku. Sebab tu aku tunggu." - El
El yg pernah sama² lepak dgn aku atas rooftop flat buruk tu, makan burger sebijik bahagi 2, El yg pendiam kecuali bila dgn aku, El yg x kisah budak² lain pandang serong sbb berkawan dgn Atheis mcm aku (dulu). El tu masih sama jer dgn yg sekarang. Masih sama, cuma lebih indah.
Aku start nak belajar pasal Islam lepas puasa 2018. Bukan sebab aku nak masuk Islam tapi sebab aku nak kenal El semula.

Mula² tu bila busy pastu stress sbb uruskan hal universiti, hal transfer credit, daftar itu ini, hal famili lagi apa semua tu aku teguk lagi air setan tu.
Pasal genophobia aku tu, aku cuma ok bila aku buat lepas minum arak. Alkohol mampu buat aku jadi lupa sekejap pasal masa lalu aku, pasal masa depan aku. Kalau dah mabuk, bro, gender kau sendiri pun kau tak kenal dah.
Aku bukan takut perempuan. Aku cuma fobia seks. Memori terawal aku ada tentang hubungan badan, takda yg indah kat situ. Jijik dan menakutkan. Dan sakit. So bila aku cuba kenal Islam, aku dapat tahu yg Islam haramkan arak. Aku dah macam,

"Memang big NO aku nak masuk ni,"
Aku tau Islam solat 5 kali sehari pun aku dah rasa leceh gila. Like what? Sempat ke?

Pastu aku teringat El.

2 part time job sambil belajar, result gempak pulak tu.

Aku rasa tercabar. Macam mana budak kecik tu buat? Dgn family dia macam tu? Aku kagum.
Aku yg menghabiskan duit mendiang bapak aku pun penat sampai tiap² weekend meliar hilangkan stress. Belajar takda financial problems, result kelaut jugak. Tapi El?

"Walaupun aku cuma sujud untuk satu Tuhan, tapi aku boleh berdiri untuk apa pun."

Patah terus ego aku.
Setiap hari aku dihantui kata² tu.

"walaupun aku cuma sujud untuk satu Tuhan, aku boleh berdiri untuk apa pun"

Setiap hari walaupun hari yg mak aku meninggal, aku masih terngiang ayat tu kat kepala benak aku.
Perasaan tak tenang. Bukan tak tenang sbb aku punya mental illness. Aku kenallah sakit aku macam mana ok gais. Ini tak tenang yg El bagi hempap kat dada aku ni nyilu dia lain sikit.

Rasa rindu yg entah untuk siapa, rindu yg tak habis.
Aku bawak cerita rindu tak sudah aku ni kat member aku sorang lagi ni. Arwah dah, Amir nama dia. Dia bagi aku Al-Quran siap ada terjemahan BM. Setiap helai yg aku berjaya habis baca, buat beban kat dada aku makin surut. Rindu tu masih ada, tapi dah tak sesakit yg sudah.
1 April 19, aku sampai kat surah Taha, aku terus capai fon call Amir. 3 pagi, syukur tak kena maki. Aku cakap, aku nak masuk Islam. Amir dari aras 3 tak pakai lift, guna tangga dtg bilik aku kat aras 1 terus peluk aku.

"Alhamdulillah," dia ulang kat telinga aku puluh² kali.
Sorry kalau thread panjang sangat. Sampai sini jer lah eh? Aku bukan writer btwhttps://abs.twimg.com/emoji/v2/... draggable="false" alt="😅" title="Lächelndes Gesicht mit offenem Mund und Angstschweiß" aria-label="Emoji: Lächelndes Gesicht mit offenem Mund und Angstschweiß"> tapi aku kalau buat something aku buat sungguh². Aku cuma Shin. Assalamualaikum.
You can follow @sonoflukas.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled: