KEHIDUPAN PASCA PANDEMIK: SEBUAH NORMA BAHARU?
Dunia sdg bergelut menghadapi pandemik yg tlh mengakibatkan krisis kesihatan awam & ekonomi. Melihat kpd keadaan semasa, tiada perubahan yang drastik setakat ini. Namun, pernahkah kita bagaimana kehidupan selepas ini?
#SeminitJe

Kegawatan ekonomi itu seakan pasti dan hasil kajian daripada NBER menyatakan bahawa pandemik mampu menyebabkan KDNK mengecut sebanyak 6% hingga 8% dan mungkin lebih 10% untuk sesetengah negara. Ini adalah dapatan kajian berdasarkan kesan pandemik Selesema Sepanyol dulu.
Kajian Fed & MIT yg juga berdasarkan kesan Selesema Sepanyol mendapati ekonomi gawat bukan kerana respon campur tangan kerajaan terhadap pandemik ttp krn kesan ke atas kesihatan. Orang awam akan lbh bimbang utk berbelanja lalu mengurangkan permintaan yg memberi kesan kpd ekonomi.
Mereka juga dapati yg bandar-bandar yg kuatkuasakan PKP lebih awal dan lama mencatatkan kurang jumlah korban dan ekonominya juga akan pulih lebih cepat. Jadi dgn utamakan kesihatan org awam dan kuatkuasakan PKP sebenarnya perkara yg bgs utk ekonomi kita bg jgka masa panjang.
Daripada segi sosial pula, kita perlu mengamalkan norma kehidupan baharu sementara menunggu adanya vaksin. Norma baharu adalah sentiasa mengamalkan pembatasan fizikal walaupun setelah PKP ditamatkan. Kajian daripada AEI tentang pembukaan semula AS dapat diambil iktibar oleh MY.
Kertas kajian AEI menyatakan fasa yang perlu dilalui selepas pandemik reda. Fasa 1 pembukaan berperingkat semua kedai, sekolah, tempat awam dan pejabat. Fasa 2 pula pengawasan,pengenalan dan penyembuhan jaringan baharu wabak. Fasa 3, usaha menambahbaik sistem kesihatan negara.
Untuk ke fasa 2 daripada fasa 1, perlu ada pengurangan kes dlm masa 14 hari, hospital dapat merawat semua pesakit, pihak kerajaan pula mempunyai kebolehan utk melakukan ujian ke atas semua pesakit yg mempunyai gejala dan juga mampu untuk mengawasi pesakit dan kontak rapat mereka.
Fasa 2, kerajaan perlu hemah dlm menghadkan amalan pembatasan fizikal dgn membenarkan pembukaan sekolah dan pejabat dan terus mengawal penularan wbk agar tidak kembali ke fasa 1. Bekerja dari rumah digalakkan dan golongan terdedah dan warga emas perlu teruskan pengasingan diri.
Kerajaan juga perlu wujudkan sistem pengawasan dan pengesanan yang berkesan untuk memastikan semua penyakit bergejala dan kontak rapat mereka dapat dikesan dengan cepat dan efektif. Vaksin akan ambil masa yg lama dan apabila sudah ada, barulah kerajaan boleh bergerak ke fasa 3.
Sukar untuk kita pastikan bagaimanakah norma kehidupan setelah pandemik ini reda. Tetapi kita perlu sentiasa cakna dengan arahan dan juga larangan daripada KKM untuk pastikan penularan wabak ini dapat dikawal. Jadi duduklah di rumah dan jaga kebersihan diri masing-masing.
Pautan:
1. The Coronavirus and The Great Influenza Pandemic: Lessons from The Spanish Flu for The Coronavirus’s Potential Effects on Mortality and Economic Activity
https://www.nber.org/papers/w26866.pdf
2.">https://www.nber.org/papers/w2... National Coronavirus Response: A Roadmap to Reopening
https://www.aei.org/wp-content/uploads/2020/03/National-Coronavirus-Response-a-Road-Map-to-Recovering-2.pdf">https://www.aei.org/wp-conten...

3. Pandemic Depress the Economy, Public Health Interventions Do Not: Evidence from the 1918 Flu
https://papers.ssrn.com/sol3/papers.cfm?abstract_id=3561560">https://papers.ssrn.com/sol3/pape...
https://papers.ssrn.com/sol3/papers.cfm?abstract_id=3561560">https://papers.ssrn.com/sol3/pape...